Penderaan Emosi Kanak-kanak : Trauma Terselindung Book Scanning

Book Scanning >> Parenting Book Scanning

Scanning Document | Document Management | scanning book | image

Penderaan Emosi Kanak-kanak : Trauma Terselindung

Kasmini Kassim




MBBS (Punjab), DPM (Ireland), FRCPsych (UK), FAMM (Malaysia)

PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI >> 1998
_________________________

SAMPLE CONTENT


RAJAH 3. Bahagian otak


Teori Emosi


Teori ini mula diperkenalkan oleh William James dan Carl Lange pada tahun 1887, dan dikenali sebagai teori James-Lange (Coon 1983). Teori ini mengatakan bahawa perkara luaran yang merangsangkan seseorang akan merangsangkan organ visera dalam badan dan kemudian mengakibatkan terkumpulnya pengalaman emosi atau perubahan pada perasaan.

Secara ringkas, ini bermakna seseorang itu berasa sedih sebab dia menangis dan mengeluarkan air mata manakala berasa takut sebab jantungnya berdebar-debar. Teori ini telah dicabar oleh ramai ahli sains seperti Cannon dan lain-lain lagi.

Teori yang digunakan kini adalah teori emosi kognitif oleh Schachter (1962) di mana proses kognitif diambil kira. Perasaan dan emosi berlaku apabila sesuatu label diberi pada setiap rangsangan fizikal yang berlaku secara umum. Misalnya apabila seseorang itu terangsang dalam apa jua keadaan, seseorang itu akan memberi interpretasi terhadap perasaannya pada ketika itu. Sekiranya orang itu diperanjatkan dari belakang, badan orang itu akan terangsang secara spontan seperti jantung berdebar, tapak tangan berpeluh, tidak kira siapa yang memeranjatkannya. Sekiranya didapati orang yang memeranjatkannya tidak dikenali, orang itu akan mentafsir perasaan dan rangsangan badan sebagai perasaan takut. Manakala jika didapati orang yang memeranjatkannya adalah orang yang dikenali, rangsangan badan ditafsirkan sebagai keriangan dan perasaan suka. Label dan interpretasi (seperti marah, takut dan gembira) yang diberi kepada rangsangan badan didapati banyak dipengaruhi oleh pengalaman terdahulu, keadaan semasa dan reaksi daripada orang lain.


Ekspresi Emosi

Emosi boleh juga dilihat melalui ‘bahasa badan’ atau gerak geri seseorang. ‘Bahasa badan’ adalah pergerakan badan seperti postur, gerak badan dan ekspresi wajah. Misalnya, otot-otot muka mengerut dan mengecut dalam pelbagai bentuk untuk memberi gambaran muka yang sedang tersenyum atau menyebabkan biji mata terbeliak semasa dalam ketakutan. Pelbagai ekspresi air muka ini juga merupakan salah satu tatacara komunikasi antara satu sama lain, dan orang yang melihat ekspresi muka ini biasanya boleh memahami dan mengetahui perasaan seseorang pada masa itu. Ekspresi air muka yang menggambarkan emosi primer seperti suka, duka, benci adalah satu ekpresi yang universal. Pembelajaran dan pengalaman seseorang juga memainkan peranan dalam menentukan pelbagai ekspresi air muka ini. Misalnya terdapat budaya yang menggalakkan seseorang menahan perasaan sedih dan tidak menunjukkan air muka sedih apabila sedih.

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa emosi sebenarnya merupakan satu keadaan yang kompleks yang melibatkan gabungan komponen subjektif, fisiologi dan ekspresif yang sentiasa memberi kesan terhadap satu sama lain. Penglibatan komponen fisiologi dalam perubahan emosi ini juga melibatkan komponen mental sama ada positif atau negatif.

Tekanan kepada komponen fisiologi yang disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman tidak kira secara positif atau negatif akan mengakibatkan perubahan pada perkembangan fizikal dan psikologi seseorang. Perubahan ini boleh berlaku secara menyeluruh atau spesifik dan di kalangan kanak-kanak yang sensitif perkembangannya akan memberi kesan yang mendalam, terutamanya terhadap perkembangan mental dan fizikal mereka.
_________________________

Free Ebook Area


If you wanna readmore the book, you can download the book in digital version from link below :